Want your
own Fotopage?








 
Nor Sahidah's FotoPage

By: Nor Sahidah Hamid

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Monday, 13-Jul-2009 09:29 Email | Share | | Bookmark
birthday celebration

 
Yesterday 12 Julai 2009 merupakan sambutan birthday serentak untuk semua ahli keluarga kami yang lahir pada bulan Julai.

5 Julai – birthday ayah (last week)
12 Julai – Birthday Hakimi (this week)
24 Julai – Birthday Faris (next 2 weeks)
And ? Julai – Birthday the baby to come (probably next week)

Sambutannya kami buat sederhana sahaja. Tiap tiap tahun macam nilah.. Anak anak aku pun tak pernah request hadiah mahal-mahal dan tak pernah mintak diadakan party macam kawan kawan depa yang lain. Kami pun selalu tanamkan bahawa Nabi Muhammad pun tak pernah menyambut dan meraikan harijadinya. Tapi kita boleh bergembira di hari lahir kita sempena kita berterima kasih kepada ibu yang melahirkan kita. Kita bersyukur kerana Allah selamatkan ibu dan bayi ( kita sendiri la tu..) semasa proses kelahiran dan kita berterima kasih kerana ibubapa kita menjaga kita dengan baik sejak hari kita lahir sehingga ke hari ini..

So kami pun menyanyi “Allah selamatkan kamu...” macam P.Ramlee tu.. Yang tak masuk dalam gambar cuma ibu saja sebab ibu yang tangkap gambar..( sebenarnya malu sebab ibu sekarang cuma tunggu due utk bersalin..so muka pun tak berapa jelita la..hehe)

Dalam slot ucapan ibu ..”sepatutnya di hari jadi korang..ibu yang patut diberi hadiah tau!! So mana hadiahnya?” mana... mana... mana... ?
Apa pun ibu dok susah hati sebab baby baru tak keluar keluar lagi nih..

Add comment


Sunday, 24-May-2009 09:28 Email | Share | | Bookmark
Teka teki Faris

Anak anak aku mengabadikan gambar harta intelek depa..
Anak aku Muhammad Faris menyoal ayahnya.
" ayah..ayah.., cuba jawab, kenapa badan kita ada dayah?"

Suami aku pun memikir bagaimana nak beri jawapan yang senang difaham oleh anak yang berusia 5 tahun tu.

"hmmm...badan kita ada darah sebab darah boleh bawak oksigen. nanti badan kita jadi sihat.."

"SALAH!!!!!...itu pun ayah tak tau. badan kita ada dayah sebab oyang tikam kita la...keluar dayah!"

Suami aku pun tengok aku memohon simpati. Malangnya aku pun join Faris menggelakkan ayahnya... hahahahha... ! ! !

Add comment


Saturday, 2-May-2009 14:29 Email | Share | | Bookmark
Hari ini Dalam Sejarah.

 
Pada hari ini dalam tahun 1999 Nor Sahidah bt Hamid telah selamat menjadi isteri kepada Hasbullah b. Osman. Ini bermakna sudah genap sepuluh tahun aku berbahagia dengan orang yang aku sayang.

Dulu masa belajar ada senior dari team usrah yang bagi nasihat "kita orang perempuan mesti berdoa setiap hari supaya kita dikurniakan jodoh yang baik. sebab kita akan spend most of our life dengan dia sampai kita tua. Kehidupan single kita mungkin sampai umur 25 je. lepas tu baki nak menyampaikan umur tua tu kita akan hidup dengan suami. Cuba bayangkan kalau dapat suami yang jahat dan tak bertanggungjawab. Bukan boleh kita simply buang dan pilih yang baru".

Ngeri jugak aku dengar. Tapi alhamdulillah, umur 24 aku kawin sampai sekarang aku rasa doa aku Allah makbulkan. Dalam perjudian memilih jodoh aku rasa aku menang. Aku harap suami aku pun rasa yang dia pun bertuah dapat aku. Aku akan sentiasa berusaha supaya dia anggap orang macam aku hanya ada satu saja dalam dunia ni dan dia takkan jumpa klon aku di mana-mana.

Hari ini awal-awal pagi anak-anak menghadiahkan kami ucapan selamat ulang tahun. Kaklong hadiahkan cenderahati yang dia buat sendiri. Tiba tiba Hakimi sedih dan bermenung panjang. Bila aku tanya perlahan lahan kenapa dia muram je? Terus Kimi menangis. Dia sedih kerana tak hadiahkan apa-apa untuk ayah ibu sebab Kaklong buat hadiah tu tanpa pengetahuan dia. Aku lap airmata dia dengan airmata aku sekali. Aku cakap kalau Kimi nak buat, Kimi masih ada masa. Tapi bagi ibu, ingatan dan ucapan Kimi pun dah cukup buat ibu dengan ayah gembira.

Kegembiraan yang tak dapat dibeli bagi aku dan suami ialah bila dapat ciuman dari lima mulut kecil di pagi ulang tahun ni. Insyaallah lagi 2-3 bulan kita akan dapat hadiah lagi seorang baby. Enam cahaya mata dalam masa sepuluh tahun tak terasa kesukarannya dengan sokongan abang. Dan kandungan kali inilah rasanya Idah paling dimanjakan. Abang jaga makan minum idah, tak bagi idah masak dan bila malam ada banyak tangan tangan kecil yang picit kaki idah. Perkara yang selalunya idah buat, abang & anak-anak dah ambil alih. Itulah hadiah yang Abang bagi untuk Idah sebenarnya.

Idah tak mahukan apa apa lagi sebab hidup idah sudah lengkap. Agenda hidup kita sekarang cuma untuk mendidik enam butir permata ni menjadi sempurna dunia dan akhirat. Harapan idah agar bila kita dah takda nanti, setiap orang dari enam anak ini masing-masing akan ambil satu hari dalam seminggu untuk kirimkan kita Surah Yaasin. Pada Hari ke tujuh meraka akan baca beramai-ramai pulak supaya kita sentiasa kaya dengan kiriman doa di alam kubur. Amin.

happy 10th anniversary......dah satu dekat tu.... Mon 4-May-2009 04:48
Posted by:jas
Happy Anniversary!!!!! Bila nak mai Johor??? Rindu la...lama tak jumpa kau Che Dah.... Mon 4-May-2009 08:06
Posted by:Haida Mahmud
walaupun terlewat, tapi rasanya masih diterima ucapan TAHNIAH daripada aiza..semoga hidup shidah sekeluarga sentiasa diberkati, insyaALLAH.. Wed 20-May-2009 07:37
Posted by:aiza
Add comment


Sunday, 8-Mar-2009 09:37 Email | Share | | Bookmark
Sukan sekolah Hakimi.

Hakimi dpt hadiah drp Penyelia Petang
Yang best nyer Kimi terima hadiah dari ayahnya sendiri..he..he..
HaKimi dan adikberadiknya..
Dah lama tak update blog ni. sibuk sangat..
Semalam hari Sabtu 7 Mac 2009 ialah Hari Sukan Sekolah Kebangsaan Methodist Ho Seng Ong. Sekolah anak aku Hakimi. Kami pi satu family. Konon nak bagi moral support. Tak sangka anak aku boleh lari. he..he..kalau ikut macam aku memang lembik la.. game pun tak menyerlah apa lagi olahraga. Ayah dia pun dulu ada la main bolasepak, badminton dengan valleyball. Tapi lari memang out. Kalau ikut aku ni..setakat jadi cheer team boleh le. Walau pun begitu aku selalu offer diri utk jadi pengurus pasukan.

Anyway semua happy. Anak2 semua excited tengok Perbarisan. Aku tengok cecikgu yang terlebih excited masa hari sukan ni. sampai emcee pun menjerit kat microphone. Yelah..masa ni la depa nak happy pun.

Kesimpulannya Tahun ni kebanyakan sekolah buat acara Sukan kecil kecilan sahaja. Sebab budget terhad.

Add comment


Thursday, 25-Dec-2008 23:47 Email | Share | | Bookmark
Azam baru tahun 2009.

macam ni selalu kan best..
aku pun perlu masa untuk anak-anak.
Sempena awal Muharram hari Isnin ini iaitu 29 Disember 2008 bersamaan 1 Muharram 1430H, aku nak letak satu azam baru. Haa...tahun ni azam baru aku ialah Usaha meningkatkan kualiti kehidupan rumahtangga. Suami aku memang tak jemu mendidik aku dari sejak mula kawin sampai sekarang. berbagai pendekatan dia guna. ada yang aku suka dan ada juga yang aku protes. Biasa la..kan kaum hawa. walau pun muka tak tunjuk tapi dalam hati ada menyesal juga. Rasa guilty juga bila membuat pasangan kecewa.

Suami aku kalau suka atau tak puas hati dia akan respon serta merta dan straight to the point. Kalau manis tu syok le dengar..tapi kalau negatif tu mak aiii...! Telinga ni boleh jadi panas, kebas dan warna merah.

Oleh kerana dia seorang yang teliti dan particular even a small thing, maka aku akan jadikan bilangan rungutan dia sebagai petunjuk prestasi aku. Insyaallah tahun ni aku akan rekodkan statistik kekerapan bilangan rungutan dia dalam seminggu..sebulan..hujung tahun aku keluarkan graf bar. baru la ada evident menunjukkan aku ni isteri yang baik.. chewahh.. Zero Defect Wife..

Dari segi kerjaya pulak, aku mau lebih sistematik, punctual dan elakkan bertangguh. Aku nampak suasana kerja aku tahun 2009 akan lebih mencabar. Insyaallah dengan time management and computer-aided aku boleh smoothkan hidup aku. Aku tak suka kena kejar dengan orang sebab kerja yang tertunggak dan aku tak suka episod kehidupan yang sampai tak tidur 36 jam menyiapkan 2-3 kerja yang due datenya serentak.

sahid...ha..ha..anak linda yg 2nd tu Std 1...ramai juga anak kekewan kita yg msk sekolah...
semoga azam tahun 2009 akan tercapai...amin
Thu 22-Jan-2009 05:09
Posted by:Linda K
Add comment


Tuesday, 23-Dec-2008 01:38 Email | Share | | Bookmark
Kerja Sambilan

Aku rindu sawah padi.
inilah aku masa tingkatan 2
Ini dia sekolah kesayangan aku.
Siri ini aku tujukan khas untuk anak anak ku dan juga anak-anak didikku di sekolah.
Ketahuilah oleh anak-anak semua bahawa nasib seseorang boleh berubah dengan syarat ada kemahuan, mengikut panduan dan nasihat dan ada kesungguhan.

Aku kecewa sungguh bila keluarga tak mampu hantar aku ke Sekolah Berasrama semasa aku Tingkatan satu. Di SK Parit Haji Wahab hanya 2 orang saja yang layak diterima ke SMA Perempuan Ta’ayah, Ipoh. Aku dan seorang lagi iaitu Hafizah Che Mat. Cuma bezanya aku ditawarkan untuk ambilan kedua.

Sedih betul lihat surat tawaran beserta borang borang yang nak diisi, dan yang paling sedih bila tengok keratan kain sampel untuk dibuat Uniform dan baju asrama. Tambahan pulak bila setiap hari aku terpaksa mengayuh basikal berkilo-kilo meter ditengah panas terik sebab aku sekolah petang. Balik pulak kalau hujan kena redah juga walau pun basah kuyup sebab tak boleh tunggu hujan teduh kerana hari hampir menjelang senja. Selalunya aku akan spare plastik bag khas untuk melindungi beg sekolah. Bila kena hujan macam ni aku selalu menangis sambil berazam aku tak mau lagi berbasikal di tingkatan 4. Aku mesti masuk sekolah berasrama jugak menggunakan keputusan peperiksaan SRP.

Halangan aku ke asrama ialah duit. Kalau aku harapkan keluarga lagi, perkara sama akan berlaku di tingkatan 4 nanti. Jadi dalam masa 2-3 tahun ni aku mesti mengumpul duit sendiri. Alhamdulillah aku dapat biasiswa Mara. Jadi dengan duit biasiswa aku beli basikal baru untuk mengubat hati aku sendiri. Perjalanan berbatu-batu taklah meletihkan sangat dengan basikal baru.

Kehidupan dikampung apalah sangat sumber pendapatan yang ada. Nak pulak aku ni baru tingkatan satu, kerja apalah yang boleh dibuat. Dengan duit biasiswa aku beli 20 ekor anak ayam. Aku besarkan sendiri ayam tu. Seekor demi seekor mati sebab tak cukup makanan berkhasiat. 10 ekor saja yang berjaya membesar. Malang menimpa, baru bertelur sekali dua ayam ayam aku kena curi.

Aku pergi lagi ke pekan Ahad dan beli 15 ekor anak itik. Ingat lagi, anak-anak itik tu bulunya berwarna warni. Taktau la depa buat macam mana. Tapi semakin besar warna warninya hilang. Alhamdulillah 12 ekor itik yang hidup, 10 daripadanya itik betina. Setiap hari aku akan cincangkan isi kelapa untuk itik makan. Tapi bila menjelang malam kena halau itik ni masuk ke reban.

Bila itik bertelur aku loaded sikit. Setiap hari, dengan uniform sekolah aku akan singgah di kedai Ah Ping menjual telur. Untuk sepuluh biji telur aku akan dapat RM1.80. Tiga puluh sen aku akan belanja dan selebihnya aku kumpul. Sebulan sekali aku akan bank in duit aku di pejabat pos Tg Piandang.

Selain itu bila musim menuai aku akan join group suri rumah yang mengambil upah menyabit padi di bendang orang. Pendapatan mengerat ni tak menentu. Dalam 2 tahun cuma ada 3 kali menuai. Aku pulak cuma turun sebelah pagi saja kerana petang aku ke sekolah. Paling tinggi aku pernah dapat RM6 sepagi. Itu dari pukul 7.30 hingga 11.30. Kalau bendang tu padinya tak elok RM1.80 sepagi pun aku pernah dapat.

Balik dari sawah orang aku cepat-cepat mandi dan berbasikal pulak ke sekolah. Letih macam mana pun aku tak pernah ponteng. Apalah gunanya duit yang aku kumpul kalau aku tak layak ke asrama kerana akademik tak elok. Aku fahamkan serta merta semua subjek aku. Aku tak pernah bawa balik homework ke rumah sebab aku tahu aku tak akan ada masa untuk buat di rumah. Lebih baik waktu malam tu aku rehat sepenuhnya untuk esok hari.

Di musim air penuh di sawah aku akan memukat, menaut, mengagau dan menimba lopak ikan. Semua yang aku buat tu kerja orang lelaki. Pagi-pagi aku akan tunggu cina Ah Hock yang meraih ikan datang. Dia akan tunggu di satu point dan siapa yang nak jual ikan atau telur akan mengerumuni dia sambil menunggu ikan ditimbang dan dapat payment. Aku selalu digelakkan oleh makcik sebelah rumah . Dia cakap “tengok tu anak dara jual ikan..” Dalam hati aku... “suatu hari nanti aku akan parking kereta mewah aku di halaman dia” .

Form 3 aku sekolah pagi. Jadi tak banyak masa lagi untuk aku kerja sambilan. Lagi pulak banyak kelas tambahan. Aku jumpa kaunselor dan tanya tentang sekolah Asrama penuh.
“Awak jangan ingat Sekolah Ta’ayah je yang ada asrama. MRSM, SBP, Maktab Tentera, Sekolah Teknik pun ada.” Cikgu Latif tu pun beriya-iya describe bila borang keluar, macam mana nak memohon. “Yang penting awak kena score Matematik, Sains, English dan BM. Subjek lain pun penting untuk kurangkan aggregat”.

Aku pun pulun math dengan cikgu Hassan Adli, English dengan Cikgu Salmiah, Sains dengan Cikgu Hayati dan BM dengan cikgu Saari. Aku ingat nama semua cikgu aku sebab aku memang mempergunakan mereka sepenuhnya.
Waktu malam aku terpaksa study juga tapi nyamuk banyak dan lampu letrik takda. Aku meniarap dalam kelambu. Yang berada di luar kelambu cuma kepala dan pergelangan tangan kanan untuk menulis, buku-buku dan pelita minyak tanah. Ikutkan hati nak je masukkan pelita dalam kelambu tapi karang terbakar rumah pulak.

Alhamdulillah, bila aku dapat tawaran ke MRSM Balik Pulau, duit dalam akaun rahsia aku pun sudah ada RM360. Aku pun tersenyum lebar...dunia persekolahan aku pun bermula tanpa mengayuh basikal lagi, lampu letrik yang terang, makanan yang berkhasiat dan bilik air yang selesa dan dekat plak tu dengan katil aku. Aku tak marahkan keluarga aku kerana tak dapat meyediakan semua keperluan aku. Mereka tak hentikan aku sekolah pun sudah cukup baik.
Ramai kawan seasrama yang homesick, lari balik rumah, menangis kat telepon tapi aku relak je walau pun takda siapa pun yang lawat aku dihujung minggu.

Kepada anak-anak semua...hargailah apa yang kamu dapat dari ibubapa kamu. Ada ibubapa yang tidak tunjukkan betapa susahnya mereka mencari duit. Ramai juga anak murid cikgu yang bekerja seawal tingkatan satu macam cikgu tapi cikgu kecewa bila tau mereka bekerja untuk membeli dan menyara handset. Bukan setakat handset sendiri malah ada yang sara handset aweknya. Jangan pandang duit dan kemewahan depan mata sedangkan kamu korbankan hari depan kamu.

Nice story Shidah. Byak yg kita belajar dari pengalaman hidup yang serba kekurangan. Byk yg aku simpan dalam hati, belum terdaya nak luahkan di mana-mana ruang lagi. Nantilah..... Mon 29-Dec-2008 00:54
Posted by:Hafizah Che Mat
Actually..semua ni untuk student aku..kadang2 aku sedih tengok depa drifted.. Wed 31-Dec-2008 06:08
Posted by:Norsahidah
Add comment


Tuesday, 16-Dec-2008 00:10 Email | Share | | Bookmark
Badrul datang ke rumah..

Percutian bersama..
Anak kami dengan anak depa..
Last week ada kawan lama singgah rumah sebab dia balik raya haji dari kedah nak ke JB. Berbesar hati betul sebab dia sudi spent 2 malam kat rumah kami. Badrul ni dulu kerja Felda sama husband aku tapi sekarang dah tukar. Isteri dia pulak Hasdiana, kaunselor kat UTM. Kami pergi Lost World of Tambun sama-sama. Depa gelakkan kami..apa la..orang dekat pun baru sekarang nak pergi. Punya lama LWOT tu dah bukak. kakakakkaka...apa pun we all seronok giler...anak aku pun dok ajak pi lagi. Kitorang cakap, tunggu bila ada tetamu kita yang bermalam macam uncle Badrul, kita akan pergi lagi bawak depa. Sure lepas tu depa akan datang lagi rumah kita di masa depan.

banyak lagi gambar ada di Web album keluarga. http://picasaweb.google.com/norsahidah/KunjunganKeluargaBadrul#

Add comment


Friday, 5-Dec-2008 00:20 Email | Share | | Bookmark
Boringnye..ayah tak ada..

Aku takmau jadi ibu yg mcm pmbantu rumah tp jasanya tak dikenang
Suami aku outstation 2 hari. Anak Sulung aku cakap, boringnye ayah takde.
Aku pun reply, takpa ibu kan ada!
Ala.. ibu tak best..malam-malam ayah selalu bergurau..ibu tu serius je..asyik basuh pinggan je..
Tiba tiba aku rasa telinga aku panas..aku tak tau nak jawab apa. Anak-anak aku sudah pandai membandingkan aku dan ayah depa. Sekarang baru aku faham..anak2 hanya attached dengan aku dari usia baby sampai 4 tahun je. Bila dia masuk ke alam yang lebih dewasa dia sudah ada perasaan dan tahu memilih mana yang menambat hati dia.

Aku pun cakap rumah tangga ni merupakan satu bentuk kerjasama antara satu sama lain supaya semua sempurna. Kalau ibu tak basuh pinggan, kemas rumah, layan adik kecik, sapa nak buat semua tu. Kalau ibu pun asyik main je dengan korang, nanti rumah tunggang langgang, ayah pun tension jugak duduk rumah. Ayah keluar, last-last..sapa yang rugi? Semua rugi.

Last-last aku terus duduk dan menangis. Hakimi je yang tanya kenapa aku menangis. Aku pun cakap..ibu sedih, anak-anak ibu kalau nak susu, nak makan, nak baju bersih datang cari ibu. Baby pun sama, bila nak basuh berak..terus panggil ibu walau pun masa tu tengah main dengan ayah. Sekarang, ibu dah siap basuh pinggan. Ibu tengok tv tapi korang menyerbu dekat komputer dan main game. Kenapa tak nak tengok tv dengan ibu? Yang join ibu Cuma baby dan Faris je.. sampai hati korang sedihkan ibu.

Aku tau anak anak aku kalah bila aku menangis. Tapi ini bukan menangis buat-buat. Masa ni aku tahu betapa susahnya menjadi ibubapa. Walau pun ibubapa mereka adalah orang yang sama, tapi anak-anak berubah menjadi orang yang berbeza pada setiap masa. Ibu bapa kena jadi macam iguana yang bertukar warna body untuk sesuaikan dengan tahap umur dan citarasa anak2. Itu yang aku tak pandai.

Aku lupa yang kaklong dan Hakimi sudah besar. Sedangkan aku masih terbawa dengan cara menjaga anak-anak kecil lagi. Masa ni aku terfikir, macam mana la kalau tiba tiba aku jadi ibu tunggal. Aku memang boleh suapkan, mandikan dan basuh berak anak walau 10 orang macam kat Taska tu. Tapi aku tak mampu mendidik mereka seorang diri. Kerana membesarkan anak bukan sekadar bagi makan, rumah, keselamatan dan pakaian yang terurus sahaja. Masa ni aku missed suami aku.

Nampaknya aku banyak silap. Selama ni bila suami aku bermain dengan anak2, aku anggap itu satu kesempatan yang sangat baik untuk aku cepat-cepat settlekan hal-hal rumah. Rupa-rupanya situasi itu menyebabkan aku seorang je yang terpinggir. At last, aku sorang je yang keletihan dan depa semua have fun. Yess..aku akan minta suami aku kuatkuasakan undang-undang, semua kena bergotong royong tolong ibu, bila semua clear baru kita main.

Aku terfikir jugak..anak-anak aku tak pernah merasa ibu mereka pergi outstation 2-3 hari macam selalu ayah depa pi. Aku rasa mungkin perlu sekali sekala aku tinggalkan depa semua. Kali terakhir aku berkursus pun masa anak dua orang. Faris dan Baby kembar tak pernah kena tinggal. Baru depa dapat rasa macam mana kalau ibu pulak yang takda.
Terutama kak long tu..sebab dia yang komplen banyak..


salam kenal...
best baca entry akak...
sy pon tk penah tgglkn anak2 tp anak2 slalu kene tggl dgn abahnya sbb mmg abahnya keje slalu outstesen..
dulu anak2 kecik lg okla...skarang dh besa yg sulung tu mesti tk suka abah dia outstation..kalo denga abah dia nk outstesen mesti dia mengeluh...kesian sgt....
alhmdulillah start thn depan abah dia dh dpt keje baru yg tk memerlukn outstesen...kalo sekala sekala tu tkpela kn...ni tiap2 mggu...
mmg tk sama kn didik anak2 time baby n besa skit nie..
kekdg saya pon trpk sama mcm akak pk tu...hmmm...tp papepon idup ni perlu diteruskn selagi nyawa dikandung badan..
Fri 5-Dec-2008 10:21
Posted by:nurul  - [Link]
Akak, Selamat berkenalan. Saya selalu mengikuti akk punya entry. bila baca dpt motivasi.
teruskan membubuh pengalamn akk yang memberi pengajarn.
Tue 9-Dec-2008 03:44
Posted by:Jasmine
Salam. I want to give credit to myself. Nampak je my face serius, but in abg's heart very soft and romantik tau. Not like ibu looks very soft but serius and garangggggg. he, he, he Tue 9-Dec-2008 05:02
Posted by:abg
View all 4 comments Add comment


Thursday, 20-Nov-2008 23:55 Email | Share | | Bookmark
Hobi persendirian

Hakimi membuang kulit bawang
kegembiraan budak2 tak boleh dibeli
hari tu sebelum sekolah cuti aku ada sembang dengan kawan. Dia kata dia tak ada hobi individual. Semua hobi dia bersama keluarga. Aku tak respon pun tapi dalam hati aku rasa macam kena perli.

Sebab aku seorang yang ada banyak hobi persendirian. Sebelum ni memang aku spend masa untuk hobi aku ketika ahli keluarga aku semua tidur. Tapi at last ia menjejaskan kesihatan aku. Tak cukup tidur dan kehilangan berat badan. Bila aku buat hobi aku waktu siang, apa yang berlaku ialah aku dengan dunia aku dan anak anak dengan dunia depa walau pun kami ada berdekatan. Aku tanam pokok kat halaman tapi anak aku berlari-lari di sekeliling tanpa mengambil tahu aku tanam pokok apa. Kadang-kadang kena marah dengan aku sekali-sekala.

Hari tu satu kawan lain cerita suami dia expresskan dia punya kebimbangan sebab anak2 tak attached dengan dia. Anak semua prefer the mother to share everything. Aku takut satu hari anak aku pun macam tu. Sekarang pun nampak depa lebih appreciate masa bersama ayah depa walau pun masa depa bersama aku lebih banyak .

So aku rasa aku kena buat sikit adjustment. Aku tak mungkin tinggalkan hobi aku sebab melalui hobi ilmu dan skill aku bertambah. Lepas ni aku mungkin ajak kaklong dengan Kimi update homepage sama-sama. Bila nak menjahit mungkin aku boleh bagi depa gunting lain beserta kain untuk depa potong. Memasak tu tak kisah la sebab anak aku memang rajin tolong bab-bab dapur ni.

Lepas ni tanam pokok sama sama. Mungkin aku kena bagi depa pasu sendiri dan swastakan penjagaannya kepada depa. Tapi biasa la bila buat gheja dengan bebudak ni, bersepahnya memang besar-besaran la..lepas tu agak time consuming sikit. aku kena sabar la..tu develop sabar jugak tu.

Anyway, thank you la dekat member yang perli aku tu..actually dia mungkin takda niat apa-apa tapi aku je yang terasa lebih.

suka baca citer cikgu
saya org bagan serai,
umah dkt bendang,lau baca citer cikgu...tingat zaman kanak2 dolu..
Fri 21-Nov-2008 02:04
Posted by:na
sory..leh tye skit..
bile nak wat tusyen...
da xsba da nie
Sat 22-Nov-2008 01:31
Posted by:alau
Alau ready je bab 2 tu. Bila cikgu ready nanti cikgu panggil. kalau boleh ajak kawan lagi 1 orang. baru berbaloi cikgu ajo. Sat 22-Nov-2008 07:42
Posted by:cikgu Sahidah
Add comment


Saturday, 8-Nov-2008 09:12 Email | Share | | Bookmark
[b]Parit telah kontang..nostalgia masih segar[/b]

pelukis ni namanya Rosmizan b. Hj Bakar.
Siri ini sebenarnya sudah terbit tahun lepas lagi. tapi masa tu takda gambar yang sesuai. tiba tiba aku jumpa lukisan kawan sekampung aku yang seperjuangan sejak kecil. gambar inilah yang paling mirip untuk describe kenangan aku yang juga kenangan dia masa kecik.

Depan rumah aku ada parit. Airnya sentiasa mengalir kerana ia parit utama untuk menyalurkan air ke sawah-sawah di kampung aku. Sekali sekala sekumpulan buruh india akan clearkan rumput di parit itu. Dalam parit itu ada banyak ikan. Kalau musim air dilepaskan dari tali air besar, kadang-kadang ada udang galah sesat. Ikan lampam yang besar-besar. Kadang-kadang ada buah jambu air hanyut. Aku selalu lepaskan kapal layar kertas dan aku berlari di darat seiring dengannya. Sekarang parit tu dah kontang. Sudah ada tali air yang lebih effisien dibina berhampiran untuk menggantikannya. Yang tinggal hanyalah nostalgia yang masih segar.

Sebenarnya parit itulah yg banyak bagi rezeki masa dulu.. dengan juai ikanlah dapat duit belanja ke sekolah,
Lagi satu parit itulah yg selalu kami cuci sampai bersih, sebab nak mandi.
Thu 19-Aug-2010 13:16
Posted by:Zamry bin Hamid
Sebenarnya parit itulah yg banyak bagi rezeki masa dulu.. dengan juai ikanlah dapat duit belanja ke sekolah,
Lagi satu parit itulah yg selalu kami cuci sampai bersih, sebab nak mandi.
Thu 19-Aug-2010 13:17
Posted by:Zamry bin Hamid
wah banyak kenangan nmpknya... tumpang lalu jap..

HOMESTAY CEMPAKA HEIGHT (ISLAM sahaja)
Percutian sekeluarga, persinggahan majlis perkahwinan, konvokesyen dll.

LOKASI:
Taman Cempaka Height (2 minit dari tol Air Keroh).
Rumah Semi-D 2 Tingkat di atas bukit

Berhampiran (2-5 minit)
Plaza Tol Ayer Keroh, Taman Rama - Rama & Reptilia, Taman Seribu Bunga, Melaka International Motorspot Circuit, Taman Mini Malaysi/ ASEAN, Taman Botanikal, Kampong Buku, Zoo Melaka & Zoo Malam, Melaka Water Theme Park, Melaka International Trade Centre (MITC), Melaka Mall, Jaya Jusco, Mydin Hypermaket, Kota Fesyen, Melaka Batik House, Planetarium Melaka, Melaka International Bowling Centre, Masjid Saidina Ali, Universiti Tenikal Melaka (UteM), Multimedia Universiti (MMU), Kolej Komuniti, ILP

Berhampiran (10-20 minit)
Bandar Melaka, Bandar Hilir, Mahkota Parade, Jonker's Walk, Memorial Kermedakaan
Menara Taming Sari, River Cruise, Istana Kesultanan Melaka, Muzium Melaka, Dataran Pahlawan Melaka Megamall, Medan Ikan Bakar (Umbai / Serkam / Anjung Batu)

KEMUDAHAN:
4 bilik tidur, 2 katil queen, 2 katil single, 1 katil double-decker, 2 bilik air,
Kabinet dapur, Mini Bar, Kettle, Iron& Ironboard, Meja Makan, Sofa, Almari Baju, TV, Lain-lain (sejadah, selimut, air condition, etc)

KADAR SEWAAN:
RM 220 sehari

HUBUNGI:
Pn. Hany - 0172215429
Sat 11-Feb-2012 00:29
Posted by:hany
View all 4 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

web01.fp.pidgintech.com