Want your
own Fotopage?








 
Hasnodhi Prima

By: Hasnodhi Prima

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 17-Sep-2008 05:58 Email | Share | Bookmark
Dapur kayu.

dapur kayu ibu hampir menyerupai yang dalam gambar ni.
ini pulak dapur minyak tanah..
Selamat pagi..

Hari ini kita lihat lagi satu objek yang susah untuk dilihat pada masa kini iaitu dapur kayu. Di kampung dulu-dulu orang memasak menggunakan dapur kayu. Ibu jadi pembekal kayu api yang tetap untuk my mother (Tok Bendang). Memang hobby ibu memenuhkan dapur dengan kayu api.

Masa tu orang dah banyak pakai dapur minyak tanah. Orang yang kaya sikit lagi dah pakai dapur gas. tapi ramai yang tak berani nak guna dapur gas masa tu sebab takut meletup!

Keluarga ibu masih gunakan dapur kayu ni sampai la ibu ambil SPM. Masa tu bila ibu nak kembali ke asrama, ibu akan pastikan dulu bekalan kayu api cukup untuk my mother. Masa ibu mula-mula masuk MRSM tu ibu homesick juga. Yang peliknya ibu asyik teringat, kat rumah kayu api cukup tak.

Bila guna dapur kayu ni semua periuk jadi hitam. Tapi itu senang saja, sebelum memasak lumurkan keseluruhan periuk dengan minyak masak. Nanti periuk akan senang dicuci. Nak hidupkan api susah juga. tapi once api dah nyala, kita akan maintain for the next cooking.

Bila kakak ibu dah kerja, dia belikan my mother dapur gas. Lepas tu kami humban dapur kayu mak.
yang terkejutnya bila balik bercuti, dapur kayu mak dah ada balik. Dia buat yang baru! Rupanya orang tua tu susah betul nak meninggalkan tradisi dia.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net